Tuesday, January 26, 2010

hilang ke?

assalammualaikum wbt..

happy to know that she'll be owned soon..

happy?really?yeah i should..

no regret?nope...in fact i deserve it.

fine....ok..

for her...forever happy n live a happy living yeah~

It is so....

Assalammualaikum wbt...

yes..it has been a looong time i did not update my blog for the same reason 'I'm lazy'..

hello..i am not a writing-lover tho...

anyway will start to write again..not for others to read solely..but to express mainly..

who is going to read?

nah...do u really need readers?thought it shud be ur self-expression?

hell yeah...correct3...

-end-

Thursday, May 21, 2009

Dunia Kanak2..

assalammualaikum waramatullahi wabarakatuh..

berkisar tentang tajuk..definisi aku tentang kanak2 senang je...yang masih di sekolah rendah sampai lah ke umur dalam lingkungan 14-15 tahun...

tapi apa yang nak aku coretkan bukan pasal kanak2 semata..tapi bagaimana proses pen'dewasa'an mereka dan persekitaran yang mempengaruhi..

aku bagi 2 situasi..

Situasi 1:

adegan di surau sebuah pusat beli belah...kelihatan anak beranak..yang anaknya dalam lingkungan 6-7 tahun..

Bapak; (tengah solat:
Anak: (mengikut walaupun agak kekok)

Bapak: (selesai solat)
Anak: abah..lajunye abah sujud..kan bacaannya subhana robbiyal a'la wabihamdihi..saya tak sempat abis baca pon bah..

Bapak; (diam dan terkedu)

Situasi 2:

aku dan sepupu2 pergi ke kampung baru untuk minum2 lewat malam dan kebetulan berselisih dengan sekumpulan kanak2 berusia lingkungan 12-12 tahun.

Kanak-kanak 1: mana tadi budak perempuan tu?
Kanak-kanak 1: tah..pas rogol aku blah..(lebih kurg begitulah)

Aku: (berpaling, diam dan terkedu)

Konklusi:

nasib kanak2 di dalam kedua2 situasi mungkin tak dapat kita duga pada masa hadapan..tapi sekurg2nya kita dapat tahu bagaimana dan apa corak pen'dewasa'an mereka..

renung2kan...wallahualam...

Friday, March 20, 2009

Pusing-pusing

Pusing-pusing macam gasing..
Pusing-pusing tak macam piring
Pusing-pusing hanya keliling..
Pusing-pusing hidup akan terus berpusing sekejap depan, sekejap belakang, sekejap bawah..sekejap atas...tapi pusing punya pusing kadang-kadang kita yang keliru pening..tapi pusing tetap pusing... scuba diving in Australia

Saturday, March 7, 2009

Dah 2 Minggu...

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

alhamdulillah diam tak diam...dah seminggu sesudah aku petisyen kemasukan aku sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur...sekarang aku digelar Pelatih Dalam Kamar atau dalam bahasa omputehnye chambering student/pupil....

aku telah diterima untuk menjalani tempoh latihan selama 9 bulan di sebuah firma guaman di Semua House...okla...dengan insentif yg aku rase memadai untuk diri aku..aku selama seminggu ni dah menjalani latihan yang agak intensif..walaupun firma tu kecik je...tapi ianya sebuah fima guaman yang bagus sebab pengkhususannya adalh pelbagai...dari kes jenayah ke kes tuntutan sivil..semua boleh punye...

mungkin rezeki aku untuk bersama2 dengan 'master' iaitu org yang akan menilai aku terdiri dari orang India..takpelah...redah je...

sejujurnya aku kecewa dengan firma guaman yag dimiliki oleh org melayu..sebabnye, selain dari mengunakan 'kabel' untuk menyertai firma guaman melayu..kebanyakan (tidak termasuk seluruhnya) lebih mementingkan pencapaian gred cemerlang sebelum diterima masuk ke dalam frma mereka..tak mengapa...ade ubi ada bas..ade umno ade pas...ada hari boleh ku balas..

aku berjanji..lepas selesai tempoh latihan aku selesai...aku akan cari balik firma2 guaman melayu yang pernah menolak aku kadang2 tanpa alasan yang nyata,dan kita akan bertembung...aku akan buktikan yang gred tidak semestinya menjanjikan pengakhiran yang baik...

di atas ini bukanlah berunsur dendam..cume aku perlu puaskan hati aku sendiri..dan aku akan buktikan yang aku boleh...Insyaallah..adult smileys

Tuesday, February 24, 2009

Haiwan pun pandai....

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

ade stori sket neh...

ahad haritu..aku berkesempatan ler gi zoo negara dengan family dan sepupu2 cinonet aku..

kemain lagi gembira diorg naik tramp pastu tengok haiwan2 kat situ..

tp malangnya tak sempat abes pusing dah hujan..xpelah takde rezeki..

cume yg bestnye kalini kitorang dapat tengok persembahan haiwan-haiwan ni kat panggung yang disediakan..

adelah burung, singa laut dan anjing laut yang sempat buat persembahan...

apa yang buat aku tertarik...haiwan2 ni mampu untuk menerima arahan daripada pengajarnya walaupun berlainan cara komunikasi..yela haiwan kan..mane nak sama cara berkomunikasi dengan manusia...karang ade singa laut tanya khabar guna bahasa manusia tak sempat habis show panggung dah kosong..

mungkin inilah nikmat dan kelebihan Allah berikan bukan sahaja pada manusia untuk mengajar haiwan2 tersebut cara berkomunikasi dan menerima arahan di samping haiwan2 tersebut juga dikurniakan anugerah untuk memahami bahasa manusia walaupun mungkin mengambil sedikit masa...nak2 haiwan bukanlah makhluk berakal seperti manusia..tetapi ada sesetengah manusia yang berperangai lebih hina dari makhluk yang tak berakal ni...

menyentuh daam konteks sebegini...sejujurnya aku kagum dengan haiwan2 yang mampu menerima arahan daripada pengajarnya..walaupun ada upahnya cam burung tu dibagilah bertih manakala yang singa laut tu diberi ikan2 kecil...tapi bagi aku ketaatan tu yang penting...nak2 kalau diambil kira berlainannya 'bangsa' kita dengan haiwan...

malangnya dalam dunia kita sekarang ni...bangsa kita pun dah tak hormat sesama kita..walaupun fitrahnya kita wajar menghormati ibu bapa, orang yang terhormat, orang yang berkedudukan...namun bende2 ni semua makin lama makin pudar...

yang anak dah berani bunuh makbapak tak kisahlah secara zahirnya atau batinnya...yang pelajar dah berani mengingkar ajaran guru2nya tak kisahlah ilmu duniawi mahupun maknawi...yang pekerja pulak dah berani mengingkari arahan dan peraturan ketua mereka walaupun mereka telah berjanji untuk taat setia di dalam kontrak pekerjaan mereka...dan banyaklah lagilah pelanggaran fitrah yang berlaku...kadang-kadang terfikir apakah dunia ini sewajarnya patut berpindah milik kepada haiwan?bukanlah mengatakan yang haiwan itu lebih bijak pandai dari manusia..tetapi akal mereka yang tiada itu mengatasi 9 akal lelaki dan 1 akal perempuan di dunia ini...

dunia2...apakah ini petanda yang dunia dah menjenguk tua....adakah ini penamatnya?berakhir dengan kerosakan sedangkan kita sering mengharapkan penyudahan yang menggembirakan?

di dalam otak ada akal
akal diguna mengawal nafsu
andai akal tidak cekal
nafsu mengganas tindakan bercelaru



Friday, February 20, 2009

20 Amalan yang Allah Suka

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

bertemu lagi kite di sesi halaqah pada tengah malam ini...

aku ada terbaca mengenai 20 perkara yang disukai oleh Allah yang mana rasanya taklah terlalu sukar kita nak laksanakan dengan adanya iltizam dan azam yang kuat...sekurang-kurangnya dengan amalam-amalan ni...Allah lebih suka kat kita sebab kita nak berusaha mendapat perhatianNya...kalau dah malas je...bukan takat Allah..malahan makhluk2 lain ciptaan Allah pun boleh jadi tak suke kat diri kita...

kalau kita tengok..angkan 20 tu nampak cam besar je kan?tapi sebenarnya..bukanlah satu keharusan untuk melakukan semua tu..buat sedaya mampu...sikit2 kita top up supaya jadi makin banyak...apa yang penting biarlah terbit usaha ke arah nak memajukan lagi diri kita dengan amalam-amalan ni...mudah-mudahan selain kita makin diberkati dan diredhai oleh Allah..pintu rezeki kita akan terbuka dengan lebih luas dek sayangnya Allah kat kita...Insyaallah...

baiklah..20 amalan2 tersebut adalah seperti berikut:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah (SWT), yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah (SWT)
Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah (SWT). Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT) hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 2Rock

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT)) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah (SWT). Baginda s.a.w. bersabda:

“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT) akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab Allah (SWT) buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT) menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah (SWT).

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah (SWT) dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah (SWT)
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah (SWT). Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT) berfirman:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah (SWT), al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah (SWT) ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah (SWT), bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT), penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah (SWT) suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah (SWT) berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah (SWT) beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah (SWT). Firman-Nya:

“Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT), nescaya Allah (SWT) mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:

“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT) dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

inilah dia 20 amalan-amalan tu..Insyallah andai sukses kita melaksanakan semua ni...ia akan mendorong kita mencapai jalan ketakwaan..bila kita ada takwa tu Insyaallah bak kata Allah di dalam al-Quran..

akan diberi jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan diberi rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3) (rumusan dari ayat-ayat tersebut)


wallahualam.

sumber: Sepaku