Tuesday, February 24, 2009

Haiwan pun pandai....

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

ade stori sket neh...

ahad haritu..aku berkesempatan ler gi zoo negara dengan family dan sepupu2 cinonet aku..

kemain lagi gembira diorg naik tramp pastu tengok haiwan2 kat situ..

tp malangnya tak sempat abes pusing dah hujan..xpelah takde rezeki..

cume yg bestnye kalini kitorang dapat tengok persembahan haiwan-haiwan ni kat panggung yang disediakan..

adelah burung, singa laut dan anjing laut yang sempat buat persembahan...

apa yang buat aku tertarik...haiwan2 ni mampu untuk menerima arahan daripada pengajarnya walaupun berlainan cara komunikasi..yela haiwan kan..mane nak sama cara berkomunikasi dengan manusia...karang ade singa laut tanya khabar guna bahasa manusia tak sempat habis show panggung dah kosong..

mungkin inilah nikmat dan kelebihan Allah berikan bukan sahaja pada manusia untuk mengajar haiwan2 tersebut cara berkomunikasi dan menerima arahan di samping haiwan2 tersebut juga dikurniakan anugerah untuk memahami bahasa manusia walaupun mungkin mengambil sedikit masa...nak2 haiwan bukanlah makhluk berakal seperti manusia..tetapi ada sesetengah manusia yang berperangai lebih hina dari makhluk yang tak berakal ni...

menyentuh daam konteks sebegini...sejujurnya aku kagum dengan haiwan2 yang mampu menerima arahan daripada pengajarnya..walaupun ada upahnya cam burung tu dibagilah bertih manakala yang singa laut tu diberi ikan2 kecil...tapi bagi aku ketaatan tu yang penting...nak2 kalau diambil kira berlainannya 'bangsa' kita dengan haiwan...

malangnya dalam dunia kita sekarang ni...bangsa kita pun dah tak hormat sesama kita..walaupun fitrahnya kita wajar menghormati ibu bapa, orang yang terhormat, orang yang berkedudukan...namun bende2 ni semua makin lama makin pudar...

yang anak dah berani bunuh makbapak tak kisahlah secara zahirnya atau batinnya...yang pelajar dah berani mengingkar ajaran guru2nya tak kisahlah ilmu duniawi mahupun maknawi...yang pekerja pulak dah berani mengingkari arahan dan peraturan ketua mereka walaupun mereka telah berjanji untuk taat setia di dalam kontrak pekerjaan mereka...dan banyaklah lagilah pelanggaran fitrah yang berlaku...kadang-kadang terfikir apakah dunia ini sewajarnya patut berpindah milik kepada haiwan?bukanlah mengatakan yang haiwan itu lebih bijak pandai dari manusia..tetapi akal mereka yang tiada itu mengatasi 9 akal lelaki dan 1 akal perempuan di dunia ini...

dunia2...apakah ini petanda yang dunia dah menjenguk tua....adakah ini penamatnya?berakhir dengan kerosakan sedangkan kita sering mengharapkan penyudahan yang menggembirakan?

di dalam otak ada akal
akal diguna mengawal nafsu
andai akal tidak cekal
nafsu mengganas tindakan bercelaru