Saturday, March 7, 2009

Dah 2 Minggu...

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

alhamdulillah diam tak diam...dah seminggu sesudah aku petisyen kemasukan aku sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur...sekarang aku digelar Pelatih Dalam Kamar atau dalam bahasa omputehnye chambering student/pupil....

aku telah diterima untuk menjalani tempoh latihan selama 9 bulan di sebuah firma guaman di Semua House...okla...dengan insentif yg aku rase memadai untuk diri aku..aku selama seminggu ni dah menjalani latihan yang agak intensif..walaupun firma tu kecik je...tapi ianya sebuah fima guaman yang bagus sebab pengkhususannya adalh pelbagai...dari kes jenayah ke kes tuntutan sivil..semua boleh punye...

mungkin rezeki aku untuk bersama2 dengan 'master' iaitu org yang akan menilai aku terdiri dari orang India..takpelah...redah je...

sejujurnya aku kecewa dengan firma guaman yag dimiliki oleh org melayu..sebabnye, selain dari mengunakan 'kabel' untuk menyertai firma guaman melayu..kebanyakan (tidak termasuk seluruhnya) lebih mementingkan pencapaian gred cemerlang sebelum diterima masuk ke dalam frma mereka..tak mengapa...ade ubi ada bas..ade umno ade pas...ada hari boleh ku balas..

aku berjanji..lepas selesai tempoh latihan aku selesai...aku akan cari balik firma2 guaman melayu yang pernah menolak aku kadang2 tanpa alasan yang nyata,dan kita akan bertembung...aku akan buktikan yang gred tidak semestinya menjanjikan pengakhiran yang baik...

di atas ini bukanlah berunsur dendam..cume aku perlu puaskan hati aku sendiri..dan aku akan buktikan yang aku boleh...Insyaallah..adult smileys